Monday 29 December 2014

Love Note to my dear HAIQAL..

Dear awak,

MOHD HAIQAL AFIQ BIN ASFAN,

I Love You n I hope we will stay forever n ever.

Thanks coz terima saya seadanya, n also
VERY THANKS for being my best friend, my crazy-mate, my laugh-mate and my lover.. ^_^

Ohya ya, also, please stay until u become as my room-mate to be in future. HAHAHA.

Grow old with you will be the best moment till my ends. :'D
Let me stay in your heart entire of your life..
Let us always meet each other with smile, for the smile is the beginning of love.


With Love,
Farahani Faizal

Saturday 7 June 2014

BARU : Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Cream with SPF15 [Contest]

Assalammualaikum.
Haaaa, tetiba pulakk nak bercerita pasai produk kecantikan Fair & Lovely ni kan. Ehh sebenarnya aku bukan nak cerita pasal produk ni pon. 

Bukan review pon. Hha. Contest die, haaaa contest dia. Contest dia lumayan tau. Siapa taknak percutian free, dah tu kita boleh pilih pergi mana pun kita suka. Waaaa heaven heaven. 

Okehh contest ni tajaan pihak produk Fair & Lovely untuk promote dorang punya produk baru iaitu Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin with SPF 15, fuhhhh!!! Semput. Gilerr ahh panjangg namaa. Kenapa tak letak nama sampai satu perenggan. Eh ehh. 

Apapun, nampak tak ada benefit tambahan kat situ. SPF. Yaaaa SPF. Tapi seriously aku tak paham pahal produk yang dah berkurun ni baru nak step forward ada SPF sekarang eh? Sedangkan produk ni dah berkurun kott dekat pasaran. Dari packaging bungkusan plastik, jual kilo, serta guni sampai lah sekarang guna packaging kotak. Ok aku reka. Sedangkan produk yang baru-baru lagi siap-siap ada SPF perlindungan UV bagai. 

Ermmm. Takpe lah, at least sekarang ni haaaa ada SPF. Hihi. 

Tapi sekali lagi aku tak paham, kenapa tak letak SPF tinggi sikit? Alang-alang je aku tengok setakat 15. Kenapa tak letak sekurang-kurangnya 30? Sebab ramai pengguna produk kecantikan macam ni kan pandang sangat berapa dia punya SPF. Err aku lah. Hehehe. 

Ehh, banyak complain pulak, memang patut kalau aku join takkan menang punyaaa. Hahaha.

Okay ni bawah ni, simple citerr, aku copy je dari sini. Yaaa aku ni pemalas bab-bab nak buat research sendiri. Lagipun aku bukan pengguna tegar Fair & Lovely. Aku pernah sapu krim ni time PLKN dulu jer. Tupun kawan aku yang paksa aku pakai, siap ugut nak bunuh. Habis muka aku dia tepek guna Fair & Lovely yang warna hijau tu. Pihak  F&L patut ambik kawan aku tu jadi pemenang. Muahahaa. 

Anyway, mohon baca barang copy paste ni yerr. 
Gambar pun samaa ambil dari laman tu. Waa siap dah ada expert fairness meter gituu.
Ni dia cerita function produk baru ni :
  • Vitamin B3 hydrates the top layer of your skin. It is effective in reducing acne as well as acne marks. Like a laser, it penetrates deeper fragmenting pigmented spots hence reducing pigmentation.
  • Vitamin C is a strong immune booster as well as an antioxidant. It protects the top layer of the skin from UV exposure thus polishing and peeling the skin reducing suntan and dullness. It works on the middle layer of skin by stimulating collagen thus preventing wrinkles and making the skin fuller and smoother.
  • Vitamin E is a strong antioxidant, protecting the skin from UV light, pollution, drugs and other elements that produce cell-damaging radicals. It works in synergy with other vitamins in masking dullness and enhancing the lightening effect.
*Takpe, aku tau korang skip baca function produk tu. Lumrah manusia biasa. Aku pun takde baca, aku copy je, :p*

Hadiah-hadiah bakal untuk dimenangi :


Berbalik pada contest,, jom join, korang laaa join. Nanti kalau dah menang, contact lerr, share together gether. Ok. Muahaha. 

Aku tak join, sebab aku takut tetiba kalau aku join, then aku menang, tetiba pulak pihak Fair & Lovely tanya aku, "Kau pengguna Fair & Lovely ke?" Then, kalau aku jawap tak, takut dia cakap "OUT! Get out! Berambossss.!!" Sambil membaling luggage besar yang aku bawak keluar dari tingkap aras 5. Fuohhh. Haaaa. Malu kan? Kalau tak pun kalau aku jawap "Errr I bukan pengguna produk u, i guna bedak cap itik putih mulossss jerr. Macam cumell jerr?" Then, pihak Fair & Lovely pon dengan nada romantik, mata layu, bulu mata lentik lentuk, "Apa kata awak cuba produk kami. Tengok tu? Eeee ade bintik-bintik hitam laaa, ade pori-pori terbuke. Blalablablabla.." Berusaha untuk suruh aku convert dari cap itik ke Fair & Lovely. Huihhh taknakk taknakkkk. Aku tanak curang dengan cap itik. Hha. 

Okaylah, thats all, abaikan pencarutan di dalam entri, simple to say, kalau nak join, rujuk di SINI.
Close date : 30 Jun 2014
Join okay? ^__^ Good Luck. Kchowwwww. :)

Sunday 25 May 2014

Itu semua merimaskan aku!!!

Assalammualaikum.!! 

Okay today memandangkan keyboard aku yang ‘Backspace’ tu okay, aku rasa jadi rajin pulak nak menaip. Maklumlah ‘Backspace’ aku ni ada cengeng sikit. Salu jerr tak dapat pakai. Kadang-kadang dapat, kadang-kadang tak. Tak cukup vitamin agaknya.

Apapun, sekarang saya sudah berada di Syurgaaaaa, rumahku Surgaaaaa ku.! Muahahaahahaha *evil laugh*

Setelah sebulan aku dudok Politeknik Kuching, Sarawak, akhirnya, home sweet home. *buat gaya cute sikit kat sini ok* Kitorang berangkat ke Kuching nak pergi kursus Infosys, kursus untuk budak Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi jerr pada 27/04/2014. 

Kami bergabong dengan budak Politeknik Kuching kursus tu. Cuma tak sama kelas lah. *Syukur Alhamdulillah, sebab rasa malu rasa pelik, janggal, rasa stroberi kalau bergabung ngan orangt-orang baru, apatah lagi kalau presentation ka apa. Maluuuu ok. I ponnn pandaii maluu ok.. i sebenarnye pemalu. Eh. Hohoh.

Tapi bagi aku kursus ni not bad, cuma ada beberapa situasi yang aku sangat-sangat merungut, sangat tidak senang hati, sangat tidak suka. Abaikan kesalahan tatabahasa. Tengok ni aku dah list-kan. Sampai bila-bila pun  aku tak kan pernah lupa. Haaa


     1. Lambat dapat bilik.
Yang lain semua dah dapat bilik. Dah siap packing, tapi aku ngan roommate aku hidup merempat tidow dekat toilet tiap malam sebab takdapat bilik. Eh, bilik kawan lain. Aku dengan roommate aku lambat dapat bilik sebab kitorang budak baik, kitorang malas nak berebut kunci time tu. *Buat muka angel, ada bulat atas kepala. Aku tak tau gegelung bulat atas kepala angel dalam katun tu tujuannya apa? Dah seminggu kemudian baru dapat bilik. Ok aku dapat terima. Tapi, bila kitorang dah dapat bilik, tau tak, bilik kitorang jauh nun di sanaa, tekun petani kereeeeejaaa.! Buah padi masak kuninggg isteri-isteri kerejaa samaaa.!

Eh, nak jugak awak tumpang belagu ye. Maklumlah sekarang banyak petani turun menuai padi, sebab dah nak Gawai. Muahahahaha.

 Jauh tau, bilik kitorang.! Dekat dengan hutan. Politeknik Kuching ni berada di kaki gunung. Gunung apa aku tak tau lah. *gambar* So, belakang dia hutan tebal yang amat. Bukak je tingkap bilik kami, maka, akan terserlah lah hutan yang begitu tebal itu. Seram. Dahlah kami berdua takda jiran masa tu. 


Tapi dah beberapa hari baru ada. Rasa selamat dunia akhirat sebab ada penghuni berdekatan untuk berkongsi keseraman tersebut. At least keseraman terkongsi dan bila dibahagi-bahagi samarata jadi tak lah banyak sangat keseraman setiap seorang. I guest macam tu lah. 

Tapi aku tak sure lah jiran kami tu manusia ke jelmaan. Eh?? Hha.

     2Kupu-kupu berterbangan menghiasi hari-hariku. Sayangkuuu, rindu-rindukanlah hariku.???
Ni yang aku tak puas hati, serius, bilik kami di kerumuni kaum kerabat kupu-kupu yang mungkin berkampung di dalam hutan belakang hostel tu. Tiap-tiap hari pasti ada berekor-ekor kupu-kupu berkeliaran dalam bilik kitorang. Yang bodohnya para kupu-kupu tu, dorang terbang dekat dengan kipas, dah tau aktiviti itu bakal menempah maut,still jugak nak main bekejar-kejaran Kuchhotahaiii kat situ. Maka setiap kali aktiviti Kuchotahaii dorang tu, berhempas pulas lah mereka bertarung nyawa untuk tidak mati terkena palang-palang kipas. Palang? Errrr, tau kan maksud aku. Hihi. 
Dah tu, mati lah para kupu-kupu tu, maka, mayat-mayat para kupu-kupu terhempas rebah ke lantai. 

Ok, kat lantai aku dapat terima ok, tapi, paling aku tak suka, bila mayat-mayat tu rebah kat atas katil aku.!!! Argggg.!!!
Alamatnya, aku kena berhempas pulas jugak nak kutip mayat-mayat tu buang ke arah tingkap.

     3.  Semut.
Semut pun taknak mengalah dengan kupu-kupu, bawak bala tentera nya berpindah ke bilik kami. Dinding tepi katil aku, aku rasa, tu taman para semut tu. Serius aku tak tipu. 

Sebab, dekat dinding tu lah aku salu tengok para semut berasmaradana, bercanda-mesra, berkejar-kejaran, kononnya suweet. Sebelum aku tidur mesti aku tertengok sepasang semut tengah dating kat dinding tu. Port diorang kot, So, bila aku stress aku jentik semut yang tengah syok berdating tu. Haaa, siapa suroh ambik port aku tempat nak dating. 

Then, heater kami, kalau still ada air dalamnya, pasti akan ada para semut yang kepanasan berenang-renang dalam air heater tu. Hishhh. Yang aku pelik, syampu aku pun bersemut. Agaknya semut sepesis hidup di tanah tinggi memang jakun macam tu kot.


Okay lah, aku rasa entri panjang-pnjang tak best, aku pon tak berapa minat kalau entri panjang lebar. Later on, I sambung. Muahahahaaa. Chowwwww.



*gambar kami para wanita depan hostel PKS reramai. aku yg tudung biru tu, yg buat love dengan si tudung hijau depan tu. kikikiki

Wednesday 14 May 2014

Its Friday, ‎April ‎25, ‎2014 :*

Assalammualaikum. Selamat bersuaa bersama saya yangg telahh lama menghilangg. Yahh bajet orang tercar-carikan aku jap.
Muahahahaha. Padahal aku ada ke takda sama jekk. Haha. Aku rasa laa dah lama aku tak menaip luntuk blog ni pasal aku malas+busy.
Sekarang ni kitorang sekelas ada kursus dekat Politeknik Kuching Sarawak. Errrr, too muchhhh bad comment.
Hahahaha. Bersyukur sesangatt lah oi dapat Politeknik Mukah Sarawak. Sebabb errr sebabb. Ehh nanti laaa aku cerita detailss kat satu entry k.

Post yang ni aku nak cerita bende lain. Hihihi. Setelah 4 bulan kami berdua tak berjumpa, tak macam korang koranggg yang tetiap hari jumpa. Untunglah :(

Aku pulakk tunggu orang ada cuti and balik kampung baru dapat nak jumpa-jumpa ni. Ishhh. Siapa cakap aku tak rindu. Aku rinduuu tauu uollss,, Muntah k muntah.
Ahaaa.!! Lagi uolls yang tetiap hari jumpa pun time nak tidow malam dah nangis-nangis kerinduan. Ok tu memang dah melampau kalau macam tu.
Terok. Hahaha. 

Kalau aku takpe laa, sebab kerinduan tak jumpa lama-lama kan. Tapi yang best nya jarang jumpa ni, sebab long distance la katakannn, time memula nak
jumpa balik time si dia balik kampung tu part paling best. Paling best aaaaaa, heaven gilerrr time first time jumpa balik. Yerrr ala2 drama korean katanyaa.
Pastu malu-malu bagai lagi, padahal kalau dah tiap ari jumpa makan gelojoh sampai ayam terpelanting dari pinggan pun dah takda perasaan malu. Hahahaa.

Tapi saat tu lah korang akan rasa fly higher to heaven bagaikan pasangan yang baru bercinta balik. HHi. Okayla, pokoknya, cinta jarak jauh ni, kalau korang pandai jaga hati
masing-masing, pandai control ego, tetap akan tiptop punyerrr korang punya relay. Paling penting kepercayaan. Aku dah setahun lebih ngadap long distance love ni.

Kalau dulu time dia belum dapat kerja, asyekk nak berkepitt jerrr weolls dating kat kafe. Silap ari bulan orang suroh jadi jaga dekat kafe tu pon weolls takde masalah.
Hahahahaa. Tu dulu, sekarang segalanya dah berubah. Kadang-kadang sampai 8 bulan tak jumpa. Sadis tak sadis tak?? Hihi. Okay hari tu before aku berangkat ke Kuching aku sempat
jalan-jalan with him. Time tu kaul. Oh saya lupa pula nak ambil gambar macamana suasana Pesta Kaul Mukah Sarawak tu. Nantilah pesta kaul tahun depan saya update pasal pesta kaul tu. Ahaa. Kbye.

Thursday 10 April 2014

Mungkin Saya Belum Matang Untuk Bercinta?

Bila gaduh, saya mengalah. Bila saya sakit, saya pendam, saya taknak awak risaukan saya, walaupun mungkin awak tak ambil peduli, bila saya sedih depan awak, saya tahan, dan menangis apabila sudah sendirian. Betapa saya menjaga hati awak. Saya selalu doakan awak sentiasa berjaya dalam hidup seperti saya yang  selalu mendoakan diri sendiri. 
Sentiasa selamat, sentiasa sihat walau dekat manapun dan walau jauh pun awak. Saya selalu risaukan awak, setiap kali awak jauh dari saya saya risaukan awak. Siapa tak risau kan, orang yang kita sayang sangat-sangat. Jadi saya harap awak tak rimas saya selalu cari awak kalau awak hilang, sebab saya cuma nak tahu keselamatan awak. Dunia sekarang terdedah dengan apa-apa bencana dan fikiran saya sering memikirkan perkara-perkara buruk yang boleh bakal terjadi. Maklumlah juga, saya ni seorang yang cepat risau dan mungkin agak terlebih care. Tapi saya tak mengongkong kan. Saya cuma nak kepastian. Saya cuma risau. 
Malaslah nak taip panjang² ni. Baik saya belajar untuk test minggu depan kan. Huhuh. Jiwang nak termuntah pulak. Huhuh. BTW. Tengah layan lagu. Hayati lirik. Keep smile n stay strong. ^_^ 





"Mungkin aku tidak lah sempurna, tetapi hatiku memilikimu, menyayangimu sepanjang hidupku, mungkin aku tak dapat memilikimu seumur hidupku.."