Saturday 7 June 2014

BARU : Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Cream with SPF15 [Contest]

Assalammualaikum.
Haaaa, tetiba pulakk nak bercerita pasai produk kecantikan Fair & Lovely ni kan. Ehh sebenarnya aku bukan nak cerita pasal produk ni pon. 

Bukan review pon. Hha. Contest die, haaaa contest dia. Contest dia lumayan tau. Siapa taknak percutian free, dah tu kita boleh pilih pergi mana pun kita suka. Waaaa heaven heaven. 

Okehh contest ni tajaan pihak produk Fair & Lovely untuk promote dorang punya produk baru iaitu Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin with SPF 15, fuhhhh!!! Semput. Gilerr ahh panjangg namaa. Kenapa tak letak nama sampai satu perenggan. Eh ehh. 

Apapun, nampak tak ada benefit tambahan kat situ. SPF. Yaaaa SPF. Tapi seriously aku tak paham pahal produk yang dah berkurun ni baru nak step forward ada SPF sekarang eh? Sedangkan produk ni dah berkurun kott dekat pasaran. Dari packaging bungkusan plastik, jual kilo, serta guni sampai lah sekarang guna packaging kotak. Ok aku reka. Sedangkan produk yang baru-baru lagi siap-siap ada SPF perlindungan UV bagai. 

Ermmm. Takpe lah, at least sekarang ni haaaa ada SPF. Hihi. 

Tapi sekali lagi aku tak paham, kenapa tak letak SPF tinggi sikit? Alang-alang je aku tengok setakat 15. Kenapa tak letak sekurang-kurangnya 30? Sebab ramai pengguna produk kecantikan macam ni kan pandang sangat berapa dia punya SPF. Err aku lah. Hehehe. 

Ehh, banyak complain pulak, memang patut kalau aku join takkan menang punyaaa. Hahaha.

Okay ni bawah ni, simple citerr, aku copy je dari sini. Yaaa aku ni pemalas bab-bab nak buat research sendiri. Lagipun aku bukan pengguna tegar Fair & Lovely. Aku pernah sapu krim ni time PLKN dulu jer. Tupun kawan aku yang paksa aku pakai, siap ugut nak bunuh. Habis muka aku dia tepek guna Fair & Lovely yang warna hijau tu. Pihak  F&L patut ambik kawan aku tu jadi pemenang. Muahahaa. 

Anyway, mohon baca barang copy paste ni yerr. 
Gambar pun samaa ambil dari laman tu. Waa siap dah ada expert fairness meter gituu.
Ni dia cerita function produk baru ni :
  • Vitamin B3 hydrates the top layer of your skin. It is effective in reducing acne as well as acne marks. Like a laser, it penetrates deeper fragmenting pigmented spots hence reducing pigmentation.
  • Vitamin C is a strong immune booster as well as an antioxidant. It protects the top layer of the skin from UV exposure thus polishing and peeling the skin reducing suntan and dullness. It works on the middle layer of skin by stimulating collagen thus preventing wrinkles and making the skin fuller and smoother.
  • Vitamin E is a strong antioxidant, protecting the skin from UV light, pollution, drugs and other elements that produce cell-damaging radicals. It works in synergy with other vitamins in masking dullness and enhancing the lightening effect.
*Takpe, aku tau korang skip baca function produk tu. Lumrah manusia biasa. Aku pun takde baca, aku copy je, :p*

Hadiah-hadiah bakal untuk dimenangi :


Berbalik pada contest,, jom join, korang laaa join. Nanti kalau dah menang, contact lerr, share together gether. Ok. Muahaha. 

Aku tak join, sebab aku takut tetiba kalau aku join, then aku menang, tetiba pulak pihak Fair & Lovely tanya aku, "Kau pengguna Fair & Lovely ke?" Then, kalau aku jawap tak, takut dia cakap "OUT! Get out! Berambossss.!!" Sambil membaling luggage besar yang aku bawak keluar dari tingkap aras 5. Fuohhh. Haaaa. Malu kan? Kalau tak pun kalau aku jawap "Errr I bukan pengguna produk u, i guna bedak cap itik putih mulossss jerr. Macam cumell jerr?" Then, pihak Fair & Lovely pon dengan nada romantik, mata layu, bulu mata lentik lentuk, "Apa kata awak cuba produk kami. Tengok tu? Eeee ade bintik-bintik hitam laaa, ade pori-pori terbuke. Blalablablabla.." Berusaha untuk suruh aku convert dari cap itik ke Fair & Lovely. Huihhh taknakk taknakkkk. Aku tanak curang dengan cap itik. Hha. 

Okaylah, thats all, abaikan pencarutan di dalam entri, simple to say, kalau nak join, rujuk di SINI.
Close date : 30 Jun 2014
Join okay? ^__^ Good Luck. Kchowwwww. :)