Sunday 25 May 2014

Itu semua merimaskan aku!!!

Assalammualaikum.!! 

Okay today memandangkan keyboard aku yang ‘Backspace’ tu okay, aku rasa jadi rajin pulak nak menaip. Maklumlah ‘Backspace’ aku ni ada cengeng sikit. Salu jerr tak dapat pakai. Kadang-kadang dapat, kadang-kadang tak. Tak cukup vitamin agaknya.

Apapun, sekarang saya sudah berada di Syurgaaaaa, rumahku Surgaaaaa ku.! Muahahaahahaha *evil laugh*

Setelah sebulan aku dudok Politeknik Kuching, Sarawak, akhirnya, home sweet home. *buat gaya cute sikit kat sini ok* Kitorang berangkat ke Kuching nak pergi kursus Infosys, kursus untuk budak Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi jerr pada 27/04/2014. 

Kami bergabong dengan budak Politeknik Kuching kursus tu. Cuma tak sama kelas lah. *Syukur Alhamdulillah, sebab rasa malu rasa pelik, janggal, rasa stroberi kalau bergabung ngan orangt-orang baru, apatah lagi kalau presentation ka apa. Maluuuu ok. I ponnn pandaii maluu ok.. i sebenarnye pemalu. Eh. Hohoh.

Tapi bagi aku kursus ni not bad, cuma ada beberapa situasi yang aku sangat-sangat merungut, sangat tidak senang hati, sangat tidak suka. Abaikan kesalahan tatabahasa. Tengok ni aku dah list-kan. Sampai bila-bila pun  aku tak kan pernah lupa. Haaa


     1. Lambat dapat bilik.
Yang lain semua dah dapat bilik. Dah siap packing, tapi aku ngan roommate aku hidup merempat tidow dekat toilet tiap malam sebab takdapat bilik. Eh, bilik kawan lain. Aku dengan roommate aku lambat dapat bilik sebab kitorang budak baik, kitorang malas nak berebut kunci time tu. *Buat muka angel, ada bulat atas kepala. Aku tak tau gegelung bulat atas kepala angel dalam katun tu tujuannya apa? Dah seminggu kemudian baru dapat bilik. Ok aku dapat terima. Tapi, bila kitorang dah dapat bilik, tau tak, bilik kitorang jauh nun di sanaa, tekun petani kereeeeejaaa.! Buah padi masak kuninggg isteri-isteri kerejaa samaaa.!

Eh, nak jugak awak tumpang belagu ye. Maklumlah sekarang banyak petani turun menuai padi, sebab dah nak Gawai. Muahahahaha.

 Jauh tau, bilik kitorang.! Dekat dengan hutan. Politeknik Kuching ni berada di kaki gunung. Gunung apa aku tak tau lah. *gambar* So, belakang dia hutan tebal yang amat. Bukak je tingkap bilik kami, maka, akan terserlah lah hutan yang begitu tebal itu. Seram. Dahlah kami berdua takda jiran masa tu. 


Tapi dah beberapa hari baru ada. Rasa selamat dunia akhirat sebab ada penghuni berdekatan untuk berkongsi keseraman tersebut. At least keseraman terkongsi dan bila dibahagi-bahagi samarata jadi tak lah banyak sangat keseraman setiap seorang. I guest macam tu lah. 

Tapi aku tak sure lah jiran kami tu manusia ke jelmaan. Eh?? Hha.

     2Kupu-kupu berterbangan menghiasi hari-hariku. Sayangkuuu, rindu-rindukanlah hariku.???
Ni yang aku tak puas hati, serius, bilik kami di kerumuni kaum kerabat kupu-kupu yang mungkin berkampung di dalam hutan belakang hostel tu. Tiap-tiap hari pasti ada berekor-ekor kupu-kupu berkeliaran dalam bilik kitorang. Yang bodohnya para kupu-kupu tu, dorang terbang dekat dengan kipas, dah tau aktiviti itu bakal menempah maut,still jugak nak main bekejar-kejaran Kuchhotahaiii kat situ. Maka setiap kali aktiviti Kuchotahaii dorang tu, berhempas pulas lah mereka bertarung nyawa untuk tidak mati terkena palang-palang kipas. Palang? Errrr, tau kan maksud aku. Hihi. 
Dah tu, mati lah para kupu-kupu tu, maka, mayat-mayat para kupu-kupu terhempas rebah ke lantai. 

Ok, kat lantai aku dapat terima ok, tapi, paling aku tak suka, bila mayat-mayat tu rebah kat atas katil aku.!!! Argggg.!!!
Alamatnya, aku kena berhempas pulas jugak nak kutip mayat-mayat tu buang ke arah tingkap.

     3.  Semut.
Semut pun taknak mengalah dengan kupu-kupu, bawak bala tentera nya berpindah ke bilik kami. Dinding tepi katil aku, aku rasa, tu taman para semut tu. Serius aku tak tipu. 

Sebab, dekat dinding tu lah aku salu tengok para semut berasmaradana, bercanda-mesra, berkejar-kejaran, kononnya suweet. Sebelum aku tidur mesti aku tertengok sepasang semut tengah dating kat dinding tu. Port diorang kot, So, bila aku stress aku jentik semut yang tengah syok berdating tu. Haaa, siapa suroh ambik port aku tempat nak dating. 

Then, heater kami, kalau still ada air dalamnya, pasti akan ada para semut yang kepanasan berenang-renang dalam air heater tu. Hishhh. Yang aku pelik, syampu aku pun bersemut. Agaknya semut sepesis hidup di tanah tinggi memang jakun macam tu kot.


Okay lah, aku rasa entri panjang-pnjang tak best, aku pon tak berapa minat kalau entri panjang lebar. Later on, I sambung. Muahahahaaa. Chowwwww.



*gambar kami para wanita depan hostel PKS reramai. aku yg tudung biru tu, yg buat love dengan si tudung hijau depan tu. kikikiki

1 comment:

twinscraftlife said...

HI~ 안녕하세요!this is twinscraftlife! Pls visit our blog shop^^ 꼭 오세요^^ twinscraftlife.blogspot.com